Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: 3 stesen pam di saluran paip Timur-Barat Saudi diserang dron baru-baru ini

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: 3 stesen pam di saluran paip Timur-Barat Saudi diserang dron baru-baru ini

Gambar satelit menunjukkan dengan lebih dekat kerosakan pada saluran paip Timur-Barat Arab Saudi yang merentasi Semenanjung Arab, selepas ia terkena serangan pada 11 September 2026. Gambar dirakam pada 13 September 2026. (Gambar: REUTERS/Vantor)

Diterbitkan : 18 Sep 2026 06:43AM
US, Israel and Iran war: 3 pumping stations on Saudi East-West pipeline were hit by drones recently
  • Three pumping stations on Saudi Arabia's East-West pipeline were damaged in a drone attack from Iraq last week, according to Reuters' analysis of satellite images and industry sources.
  • Initial assessments by oil and security sources said two stations were hit, but new evidence shows the damage was more extensive than previously estimated.
  • The pipeline operated by Saudi Aramco was temporarily shut on Friday, while the repair period remains unclear and may take five to six weeks.
  • The 1,200km route is critical because it carries four to five million barrels of oil a day and helps Saudi Arabia reduce the impact of disruptions in the Strait of Hormuz.
Dijana oleh AI
KAHERAH: Tiga stesen pam yang menyokong saluran paip Timur-Barat yang penting di Arab Saudi rosak dalam serangan minggu lalu - lebih satu berbanding penilaian sebelum ini - manakala tempoh yang diperlukan untuk membaikinya masih tidak jelas, menurut gambar satelit dan tiga sumber industri.

Saudi Aramco, yang mengendalikan saluran paip sepanjang 1,200 kilometer merentasi Semenanjung Arab, dan pejabat media kerajaan Arab Saudi tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.

Saluran paip itu, yang membantu mengurangkan gangguan aliran minyak menerusi Selat Hormuz, ditutup sementara pada Jumaat menyusuli serangan dron dari Iraq, menurut pegawai Saudi.

Sumber minyak dan keselamatan sebelum ini menyatakan dua stesen pam terkena serangan. Namun, analisis Reuters terhadap gambar satelit menunjukkan tiga stesen mengalami kerosakan, yang turut disahkan sumber.

Sumber yang bercakap dengan Reuters memberikan anggaran berbeza mengenai tempoh yang diperlukan untuk membuka semula saluran paip tersebut dan memulihkan aliran minyak mentah kepada paras biasa.

Tiga sumber berkata kerja pembaikan mungkin mengambil masa sehingga lima atau enam minggu. Seorang lagi berkata kerosakan mungkin dapat dibaiki lebih awal dan sebahagian operasi mengepam minyak boleh disambung semula ketika kerja pembaikan masih dijalankan.

Menurut penilaian industri, saluran paip itu disokong oleh 11 stesen pam dan dua stesen pelepasan tekanan berasingan.

Kemudahan itu menjadi laluan utama untuk membawa bekalan minyak Timur Tengah ke pasaran global sepanjang enam bulan lalu sedang Selat Hormuz sebahagian besarnya ditutup akibat perang.

Saluran paip tersebut mengangkut antara empat juta hingga lima juta tong minyak sehari, bersamaan sekitar empat hingga lima peratus bekalan global.

Ini membolehkan Arab Saudi mengelakkan kesan paling buruk gangguan yang menjejas teruk eksport minyak dan gas negara-negara Teluk lain.
Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita