Perang Amerika, Israel dan Iran: 3 anggota pengaman cedera dalam letupan di pos PBB di selatan Lubnan
Anggaran Waktu Membaca:
Tiga anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cedera di selatan Lubnan. (Gambar fail: REUTERS)
ISTANBUL: Tiga anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cedera, dua daripadanya parah, dalam satu letupan di sebuah pos PBB di selatan Lubnan, menurut Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jurucakap UNIFIL Candice Ardell dalam satu kenyataan berkata letupan di dalam h pos PBB pada petang Jumaat (3 Apr) berhampiran kawasan Adaisseh mengakibatkan tiga anggota pengaman cedera, dua daripadanya parah.
Beliau menambah semua anggota yang cedera sedang dibawa ke hospital, sambil memaklumkan bahawa punca letupan itu masih “tidak diketahui.”
Agensi Berita Nasional Lubnan melaporkan bahawa anggota pengaman yang cedera itu adalah daripada kontinjen Indonesia yang berkhidmat di bawah misi pengaman UNIFIL.
Cik Ardell berkata minggu ini merupakan tempoh yang “sukar” bagi anggota pengaman yang beroperasi berhampiran sektor tengah kawasan operasi UNIFIL, sambil mendoakan mereka yang cedera segera pulih sepenuhnya.
Beliau turut mengingatkan semua pihak mengenai kewajipan mereka untuk memastikan keselamatan anggota pengaman, termasuk mengelakkan aktiviti pertempuran berhampiran yang boleh membahayakan mereka.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.