Perang Amerika, Israel dan Iran: 22 negara ikrar sokong pelayaran selamat di Selat Hormuz
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah peta yang menunjukkan Selat Hormuz. (Gambar fail: Reuters/Dado Ruvic)
KUALA LUMPUR: Lebih 20 negara termasuk Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain menyatakan kesediaan untuk menyokong usaha memastikan pelayaran selamat melalui Selat Hormuz di tengah-tengah ketegangan yang kian memuncak di rantau Teluk.
Dalam satu kenyataan bersama, pemimpin dari 22 negara mengecam sekeras-kerasnya serangan terbaharu oleh Iran ke atas kapal komersial tidak bersenjata serta infrastruktur awam, termasuk kemudahan minyak dan gas, selain penutupan laluan air strategik itu.
Negara-negara itu termasuk UAE, Britain, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Jepun, Kanada, Republik Korea, New Zealand, Denmark, Latvia, Slovenia, Estonia, Norway, Sweden, Finland, Republik Czech, Romania, Bahrain, Lithuania dan Australia.
“Kami menyatakan kesediaan untuk sumbang kepada usaha yang bersesuaian bagi memastikan laluan selamat melalui Selat itu. Kami mengalu-alukan komitmen negara-negara yang terlibat dalam perancangan persediaan,” menurut kenyataan itu.
Negara-negara berkenaan turut menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap konflik yang kian meruncing.
“Kami menggesa Iran supaya segera menghentikan ancaman, pemasangan periuk api, serangan dron dan peluru berpandu serta percubaan lain untuk menghalang Selat itu daripada digunakan oleh perkapalan komersial, dan mematuhi Ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) 2817.
“Kebebasan pelayaran merupakan prinsip asas undang-undang antarabangsa, termasuk di bawah Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut,” menurut kenyataan itu.
Negara-negara terbabit turut menggesa moratorium menyeluruh segera ke atas serangan terhadap infrastruktur awam, termasuk kemudahan minyak dan gas.
“Kami mengalu-alukan keputusan Agensi Tenaga Antarabangsa untuk membenarkan pelepasan secara terselaras rizab petroleum strategik. Kami akan mengambil langkah lain untuk menstabilkan pasaran tenaga, termasuk bekerjasama dengan beberapa negara pengeluar bagi meningkatkan pengeluaran.
“Keselamatan maritim dan kebebasan pelayaran memberi manfaat kepada semua negara. Kami menggesa semua negara supaya menghormati undang-undang antarabangsa serta menegakkan prinsip asas kemakmuran dan keselamatan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.