Perang Amerika, Israel dan Iran: 20,000 pelaut, 2,000 kapal terkandas di Selat Hormuz
Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) memaklumkan bahawa hampir 20,000 pelaut dan kira-kira 2,000 kapal terkandas di Selat Hormuz, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
Hampir 20,000 pelaut dan kira-kira 2,000 kapal terkandas di Selat Hormuz, menurut Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO). (Gambar fail: REUTERS)
IMO sedang menyiapkan pelan kecemasan bagi memindahkan hampir 20,000 pelaut dan sekitar 2,000 kapal yang terkandas di Selat Hormuz, menurut laporan media pada Rabu (15 Apr).
Setiausaha Agung IMO Arsenio Dominguez berkata proses pemindahan itu tidak boleh dilaksanakan serentak kerana ia memerlukan penyelarasan rapi antara negara.
Ini kerana Selat Hormuz mempunyai kelebaran hanya kira-kira 30 kilometer dan risiko keselamatan di perairan tersebut masih tinggi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.