Perang Amerika, Israel dan Iran: 2 jeti di Selat Hormuz sasaran serangan udara Amerika-Israel
Tentera Amerika Syarikat dan Israel menyasarkan dua jeti di Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita Tasnim pada Rabu (1 Apr).
Dua jeti di Selat Hormuz menjadi sasaran serangan udara Amerika Syarikat dan Israel. (Gambar: Bernama)
“Pesawat perang milik Amerika Syarikat dan Israel menyasarkan Jeti Perikanan Doha di Pulau Qeshm serta jeti perikanan dan komersial di Bandar Charak,” kata Timbalan Gabenor Wilayah Hormozgan, Ahmad Nafisi.
Menurut penilaian awal, dua orang cedera di Pulau Qeshm manakala tiga lagi di Bandar Charak.
Pasukan mencari dan menyelamat yang dikerahkan ke lokasi kejadian masih meneruskan operasi.
Pada 31 Mac, Jeti Bahman di Pulau Qeshm turut diserang, manakala sebuah kemudahan penyulingan air masin di pulau itu juga menjadi sasaran semasa awal peperangan, kata beliau.
Encik Nafisi turut memaklumkan, satu serangan telah dilancarkan ke atas Pelabuhan Shahid Haghani di Bandar Abbas, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (31 Mac).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.