Perang Amerika, Israel and Iran: Tentera Amerika lumpuhkan kapal tangki menuju ke pelabuhan Iran
Amerika menyambung semula sekatan terhadap kapal yang memasuki atau meninggalkan pelabuhan serta kawasan pesisir Iran pada awal bulan ini. (Gambar: CENTCOM)
Menurut Markas Pemerintahan Pusat Amerika (CENTCOM), kapal tangki itu dilumpuhkan selepas sekurang-kurangnya empat kali cuba melepasi sekatan.
Jurucakap CENTCOM, Tim Hawkins, berkata anak kapal telah diberi amaran berulang kali, namun gagal mematuhinya.
Beliau berkata tentera Amerika kemudian melepaskan tembakan ke arah bilik enjin kapal berkenaan sebelum melumpuhkannya.
Katanya, kapal itu tidak lagi menuju ke Iran.
Amerika menyambung semula sekatan terhadap kapal yang memasuki atau meninggalkan pelabuhan serta kawasan pesisir Iran pada awal bulan ini.
Washington sebelum ini mengenakan sekatan laut bermula pertengahan April ketika perang dengan Iran sebelum menarik balik langkah itu pada pertengahan Jun sebagai sebahagian daripada perjanjian rangka kerja dengan Tehran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.