Perancis umum pemerintah baru

Presiden Perancis Emmanuel Macron (kiri) dan Perdana Menteri Elisabeth Borne (kanan). (Gambar: Bertrand Guay/AFP)
PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron melantik menteri bagi pemerintah negara itu pada Jumaat (20 Mei).
Demikian menurut laporan agensi berita Xinhua.
Secara keseluruhan, pemerintah baru itu mempunyai 27 anggota dengan 17 kementerian, enam wakil kementerian dan empat setiausaha negara.
Beberapa menteri yang menganggotai pemerintah sebelum ini dilantik sekali lagi sebagai menteri, namun dalam kementerian yang berbeza.
Encik Macron melantik Cik Elisabeth Borne sebagai perdana menteri pada 16 Mei. Pemerintah baru itu akan mengadakan mesyuarat kabinet yang pertama di Elysee pada 23 Mei, menurut agensi berita tempatan BFMTV.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.