Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perancis minta Israel batal hasrat rampas wilayah Palestin

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membatalkan hasrat untuk merampas wilayah Palestin di Tebing Barat dan di tempat lain. 

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis minta Israel batal hasrat rampas wilayah Palestin

Presiden Perancis Emmanuel Macron. (Gambar: AFP/bertrand GUAY)

Diterbitkan : 10 Jul 2020 11:32PM Dikemas Kini : 10 Jul 2020 11:36PM

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membatalkan hasrat untuk merampas wilayah Palestin di Tebing Barat dan di tempat lain. Perkara itu dinyatakan dalam perbualan telefon di antara kedua-dua pemimpin negara berkenaan.

Pejabat Presiden Perancis menyatakan dalam satu kenyataan pada hari ini (10 Jul) bahawa Presiden Macron "menegaskan bahawa langkah berkenaan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan kemungkinan menjejas penyelesaian dua negara sebagai asas perdamaian yang adil serta berkekalan antara rakyat Israel dengan Palestin".

Langkah itu adalah yang terbaru diambil para pemimpin Eropah bagi memberi tekanan kepada Encik Netanyahu untuk membatalkan rancangan meluaskan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Lembah Jordan yang strategik.

Tindakan yang mencetuskan kontroversi itu disokong dalam pelan Timur Tengah yang dilancarkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Januari lalu.

Pemerintah Israel menetapkan 1 Julai sebagai tarikh bagi memulakan langkah merampas kawasan Palestin, berikutan jumlah penduduk Israel semakin bertambah sejak Perang Enam Hari 1967.

Kementerian Luar Perancis dan Jerman, bersama Mesir dan Jordan, iaitu dua negara Arab yang mempunyai perjanjian damai dengan Israel - memberi amaran pada minggu ini bahawa pencerobohan itu boleh membawa 'kesan' kepada hubungan mereka.

Bagaimanapun, Presiden Macron memberitahu Encik Netanyahu yang Perancis tetap komited kepada keselamatan Israel.

Sumber : Agensi berita/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa