Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perancis longgarkan peraturan perjalanan bagi 7 negara, termasuk S'pura

Perancis pada Khamis (11 Mac) melonggarkan sekatan perjalanan ke atas tujuh negara di luar Kesatuan Eropah (EU), termasuk Britain, dengan mengumumkan perjalanan ke dan dari negara-negara itu tidak memerlukan urusan penting.

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis longgarkan peraturan perjalanan bagi 7 negara, termasuk S'pura

Gambar fail menara Eiffel di Paris, Perancis (Gambar: AFP/Abdulmonam Eassa)

Diterbitkan : 11 Mar 2021 10:08PM Dikemas Kini : 11 Mar 2021 10:13PM

PARIS: Perancis pada Khamis (11 Mac) melonggarkan sekatan perjalanan ke atas tujuh negara di luar Kesatuan Eropah (EU), termasuk Britain, dengan mengumumkan perjalanan ke dan dari negara-negara itu tidak memerlukan urusan penting.

Pemerintah Perancis mulai 31 Januari melarang semua perjalanan di luar EU tanpa alasan yang sah bagi membendung penularan pelbagai varian COVID-19.

Namun ekoran keadaan pandemik yang berubah-ubah, "tidak lagi perlu untuk membuktikan alasan yang kuat untuk perjalanan ke atau dari Australia, Israel, Jepun, New Zealand, Singapura, Korea Selatan dan United Kingdom," kata kementerian luar dalam satu kenyataan.

Langkah tersebut diambil sebahagian besarnya untuk membendung penularan varian COVID-19 lebih berjangkit yang pertama kali dikesan di England.

Bagaimanapun varian itu sekarang menyumbang lebih daripada separuh jumlah jangkitan baru COVID-19 di Perancis.

Sekatan itu dilonggarkan "kerana penularan varian Britain di Perancis yang sangat meluas dan keadaan kesihatan negara-negara tersebut," tambah kementerian itu.

Pengunjung yang tiba di Perancis dari tujuh negara tersebut masih perlu mengemukakan ujian negatif COVID-19 yang diambil sekurang-kurangnya 72 jam sebelum tiba di negara itu, tegas kementerian tersebut.

Perjalanan ke negara-negara lain di luar EU masih dibataskan kepada sebab-sebab penting tetapi kementerian luar menyatakan jumlah pengecualian sedang ditambah untuk membolehkan pasangan bersatu semula dan anak-anak bersekolah. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan