Skip to main content

Dunia

Perancis larang merokok di pantai, taman dan perhentian bas mulai 29 Jun

Perancis akan melaksanakan larangan merokok di pantai dan taman, taman bunga awam dan tempat perhentian bas mulai Ahad (29 Jun), menurut pemerintah negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis larang merokok di pantai, taman dan perhentian bas mulai 29 Jun

Papan tanda dilarang merokok di sebuah pusat beli-belah di Paris pada 3 Jun 2025. (Gambar fail: AFP/Joel Saget)

Diterbitkan : 28 Jun 2025 07:20PM Dikemas Kini : 28 Jun 2025 07:21PM
PARIS: Perancis akan melaksanakan larangan merokok di pantai dan taman, taman bunga awam dan tempat perhentian bas mulai Ahad (29 Jun), menurut pemerintah negara itu.

Dekri itu yang diterbitkan dalam warta rasmi pemerintah pada Sabtu (28 Jun), juga akan melarang perbuatan merokok di luar perpustakaan, kolam renang dan sekolah.

Ia bertujuan melindungi kanak-kanak daripada terdedah kepada asap rokok.

Dekri itu bagaimanapun tidak menyebut tentang rokok elektronik.

Mereka yang melanggar larangan itu boleh didenda €135 (S$201).

"Tembakau perlu dihapuskan dari tempat-tempat di mana terdapat kanak-kanak," kata Menteri Kesihatan dan Keluarga Catherine Vautrin pada Mei lalu, di mana beliau menekankan "hak kanak-kanak untuk menghirup udara segar".

Kawasan tempat duduk di luar kafe dikecualikan daripada larangan itu.

Sekitar 75,000 orang dianggarkan mati kerana mengalami komplikasi berkaitan tembakau setiap tahun di Perancis.

Menurut tinjauan pendapat terkini, enam daripada 10 penduduk Perancis (62 peratus) menyokong larangan merokok di tempat-tempat awam.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita