Skip to main content

Dunia

Perancis kesan varian terbaharu COVID-19 buat kali pertama

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis kesan varian terbaharu COVID-19 buat kali pertama

Empat botol vaksin Nuvaxovid COVID-19 keluaran Novavax di Saabruecken, Jerman pada 26 Feb 2022. (Gambar Fail: Reuters)

Diterbitkan : 24 May 2025 01:00PM Dikemas Kini : 24 May 2025 01:01PM
ISTANBUL: Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu COVID-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi.

Empat kes varian itu dikenal pasti oleh Pusat Rujukan Nasional di Lyon, menurut saluran penyiaran BFMTV pada Jumaat.

“Beberapa negara telah melaporkan kehadiran varian ini. Di Perancis, kami menemukan beberapa kes — tidak banyak—empat kes telah dikenal pasti, baik di hospital mahupun dalam masyarakat,” kata ahli virologi, Bruno Lina.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) turut memaklumkan bahawa sehingga April lalu, beberapa kes NB.1.8.1 dikesan di Jerman, Ireland, Belanda, Sepanyol dan Sweden.

Varian NB.1.8.1 kini dominan di China dan sedang menular di beberapa bahagian Asia, menyebabkan peningkatan kes jangkitan dan kemasukan ke hospital di Hong Kong dan Taiwan.

Walaupun dipercayai tidak menyebabkan gejala penyakit yang lebih serius, pihak berkuasa menasihatkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak serta meningkatkan bekalan vaksin dan rawatan.
Sumber : Reuters/IM/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita