Perancis kerah anjing penghidu periksa kereta api bagi tangani kebimbangan berhubung isu pepijat
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP/MIGUEL MEDINA
PARIS: Perancis akan mengerahkan anjing-anjing penghidu untuk mengesan pepijat di dalam kereta apinya.
Ini selepas berpuluh-puluh aduan dibuat berhubung penemuan serangga itu di dalam pengangkutan awam.
Menteri Pengangkutan Perancis Clement Beaune berkata pada Rabu (4 Okt) terdapat kira-kira 10 aduan penumpang yang berkata mereka melihat pepijat dalam pengangkutan awam di Paris.
Serangga itu turut dilaporkan ditemui di beberapa tempat awam seperti panggung wayang dan di sekolah, sekali gus mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlaku serangan pepijat.

Ini sedang Perancis membuat persiapan untuk mengadakan Piala Dunia Ragbi dan temasya sukan Olimpik tahun hadapan.
Namun, Encik Beaune menegaskan tiada serangan pepijat di pengangkutan awam negara itu.
Malah katanya, semua pengendali pengangkutan awam Perancis akan mempertingkatkan prosedur kesihatan masing-masing bagi mengatasi masalah pepijat itu.
Ia khususnya dengan mengerahkan anjing-anjing penghidu, yang paling berkesan untuk mengesan serangga berkenaan.

Sumber : AGENCIES/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.