Perancis kerah 65,000 anggota polis kawal sambutan Hari Kebangsaan
Pihak berkuasa Perancis mengumumkan pengerahan pasukan keselamatan besar-besaran bagi mengawal sambutan Hari Kebangsaan pada Ahad dan Isnin (13 & 14 Jul), bagi mengelak sebarang kejadian keganasan atau rusuhan yang mungkin tercetus sempena acara itu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Seramai 65,000 anggota polis dan “gendarmeri” akan dikerahkan ke seluruh Perancis sempena Hari Kebangsaan negara itu. (Gambar: AP)
Dalam kenyataan semasa lawatan ke lapangan di Bandar Laval, Menteri Dalam Negeri Perancis Bruno Retailleau berkata seramai 65,000 anggota polis dan “gendarmeri” akan dikerahkan ke seluruh negara, dengan tumpuan khas di ibu negara, Paris.
Beliau menegaskan bahawa sebarang perhimpunan tanpa kebenaran di Champs-Élysées adalah dilarang sama sekali.
Sebagai langkah pencegahan, pasukan keselamatan sudah menjalankan lebih 560 pemeriksaan di kawasan Grand Paris.
Langkah tersebut membawa kepada rampasan hampir 10,000 bunga api dan bahan piroteknik bagi mengelak penggunaannya secara sembarangan yang sering mencetus ketegangan semasa sambutan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.