Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perancis kerah 2 pesawat ke Afghanistan

Presiden Perancis Emmanuel Macron berjanji bahawa negara itu tidak akan meninggalkan rakyat Afghanistan yang bekerja untuk negara itu dan yang terancam dengan kejatuhan pemerintah serta penaklukan kuasa oleh Taliban.

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis kerah 2 pesawat ke Afghanistan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Aug 2021 08:33AM Dikemas Kini : 17 Aug 2021 08:34AM

AL DHAFRA: Presiden Perancis Emmanuel Macron berjanji bahawa negara itu tidak akan meninggalkan rakyat Afghanistan yang bekerja untuk negara itu dan yang terancam dengan kejatuhan pemerintah serta penaklukan kuasa oleh Taliban.

Melindungi mereka yang membantu Perancis selama bertahun-tahun adalah "desakan Mutlak", tegas Macron.

Dalam satu ucapan khas, beliau berkata dua pesawat pengangkutan tentera yang membawa pasukan khas akan tiba di Kabul.

Bagaimanapun, ia tidak dimaklumkan di mana pesawat itu akan mendarat setelah Amerika Syarikat menutup sementara lapangan terbang di Kabul kepada orang awam dan anggota tentera menyusuli kekecohan yang berlaku di landasan lapangan terbang, dengan ada yang membawa maut.

Sebuah pesawat milik Perancis dilaporkan mendarat di sebuah pangkalan di Abu Dhabi.

Macron tidak mendedahkan berapa ramai individu terlibat dalam misi berkenaan.

Sebelum ini, seramai 1,400 pekerja Afghanistan termasuk anggota keluarga mereka dibawa keluar oleh Perancis.

Paris membawa keluar semua anggota tenteranya dari Afghanistan pada hujung tahun 2014, namun mereka masih tetap meneruskan tanggungjawab sivil dengan masyarakat awam.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan