Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perancis haramkan pelajar pakai abaya di sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Pihak berkuasa Perancis akan mengharamkan pemakaian abaya di sekolah bagi wanita beragama Islam, kata Menteri Pendidikan Perancis Gabriel Attal pada Ahad (27 Ogos). Ia menegaskan bahawa pakaian tersebut bertentangan dengan undang-undang sekular pendidikan negara tersebut.

"Abaya tidak lagi dibenarkan untuk dipakai di sekolah", kata Menteri Pendidikan itu kepada saluran televisyen TF1. Beliau menambah bahawa beliau akan memberi "arahan yang jelas di peringkat kebangsaan" kepada sekolah-sekolah menjelang permulaan kelas di seluruh negara mulai 4 September.

Pengharaman tersebut berlaku berikutan perbahasan berbulan-bulan lamanya tentang pemakaian abaya di sekolah-sekolah Perancis, di mana wanita sudah lama dilarang dari memakai tudung.

Lebih banyak laporan kian dibuat mengenai pemakaian abaya di sekolah dan ketegangan di sekolah juga semakin meningkat antara guru dan ibu bapa berhubung isu tersebut.

"Ketika anda masuk ke dalam bilik darjah, anda tidak sepatutnya dapat mengenal pasti agama seorang pelajar hanya dengan melihat dari segi fizikalnya," kata Encik Attal.

Pada Mac 2004, Perancis meluluskan undang-undang yang mengharamkan "penggunaan sebarang lambang atau pakaian di mana seseorang pelajar itu menunjukkan kaitan agama secara terang-terangan" di sekolah.

Ia termasuk salib, topi kippah bagi orang Israel, dan tudung.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan