Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perancis dilanda rusuhan buat malam ketiga; pegawai polis didakwa

Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Anggota polis yang menembak mati seorang remaja keturunan Algeria dan Maghribi sudah meminta maaf kepada keluarga remaja itu.

Nahel, 17 tahun, ditembak di dadanya ketika dia dikatakan cuba melarikan diri semasa ditahan polis kerana memandu kereta tanpa lesen pada Selasa lalu (27 Jun) di pinggir ibu kota Paris.

Kejadian itu mencetuskan rusuhan di bandar-bandar merata Perancis dan 180 orang ditangkap.

Polis yang dituduh menembak Nahel di Nanterre didakwa dengan kesalahan membunuh dengan sengaja dan sedang direman dalam tahanan. Namun, tidak diketahui bagaimana penangkapannya akan memberi kesan terhadap rusuhan yang berlaku.
Seramai 40,000 anggota polis akan dikerah di merata Perancis kerana rusuhan dijangka berterusan.

Jumlah itu empat kali ganda berbanding bilangan anggota polis yang berkawal, kelmarin.

Pihak berkuasa di Clamart menguatkuasakan perintah berkurung pada waktu malam sehingga Isnin (3 Jul).

Pada Khamis (29 Jun), ibu Nahel mengetuai perarakan ribuan orang di Paris bagi menuntut keadilan.

Setakat ini pemerintah Perancis menolak seruan beberapa anggota parlimen pembangkang supaya diisytiharkan keadaan darurat.
Sumber : AGENCIES/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan