Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perancis bakal adakan mesyuarat tergempar tangani masalah pepijat

Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Pemerintah Perancis pada Selasa (3 Okt) menyatakan ia akan mengadakan mesyuarat tergempar minggu ini, untuk meneliti kes-kes pepijat yang semakin meningkat.

Jumlah kes yang bertambah itu dilihat sebagai masalah kesihatan kepada orang awam.

Isu pepijat bermula sebagai bahan ejekan sejak beberapa minggu lalu, namun kini menjadi isu politik yang hangat dipertikaikan di Perancis.

Rakyatnya melaporkan melihat serangga tersebut di dalam kereta api metro Paris dan panggung wayang.

Kebimbangan itu kian menjadi keprihatinan kerana Perancis bakal menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia Ragbi, dan Paris sedang bersiap sedia untuk mengalu-alukan atlit dan penyokong dari seluruh dunia bagi Olimpik 2024.

Dua sekolah, satu di Marseille dan satu lagi di Villefranche-sur-Saone, yang terletak di pinggir Lyon di tenggara Perancis, diserang pepijat dan ditutup untuk beberapa hari bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan, kata pihak berkuasa tempatan.

Tujuan mesyuarat pada Rabu (4 Okt), yang akan menyaksikan Menteri Pengangkutan Perancis Clement Beaune menjadi tuan rumah kepada pertubuhan pengangkutan dan penumpang, adalah untuk "meneliti keadaan dan mengukuhkan langkah-langkah," kata menteri tersebut.

Sebuah mesyuarat antara kementerian pula akan berlangsung pada Jumaat (6 Okt), kata jurucakap pemerintah Oliver Veran kepada RTL TV, dan menjanjikan untuk "memberi jawapan kepada rakyat Perancis secepat mungkin".

Sementara itu, Sylvain Maillard, yang juga pemimpin parti Renaissance Presiden Emmanuel Macron dalam Perhimpunan Nasional Perancis, berkata bahawa rang undang-undang rentas parti akan dikemukakan "pada awal Disember" untuk membanteras masalah pepijat.

Menteri Kesihatan Aurelien Rousseau menegaskan di radio France Inter bahawa orang awam "tidak perlu berasa cemas" berhubung isu tersebut.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan