Perancis akan bantu Palestin rangka perlembagaan negara baharu: Macron
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Perancis Emmanuel Macron. (Gambar fail: Ludovic MARIN / AFP)
PARIS: Perancis akan membantu Penguasa Palestin (PA) menggubal perlembagaan untuk negara masa depan, kata Presiden Emmanuel Macron pada Selasa selepas rundingan dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Paris.
Beberapa negara Barat utama termasuk Perancis sudah mengiktiraf secara rasmi sebuah negara Palestin pada bulan September, langkah yang didorong oleh rasa kecewa terhadap Israel berhubung perang yang memusnahkan di Gaza dan hasrat untuk menggalak huraian dua negara kepada konflik Timur Tengah.
Gencatan senjata antara Israel dengan Hamas yang diuruskan oleh Amerika Syarikat berkuat kuasa pada bulan Oktober, tetapi Israel sekali lagi menolak sebarang prospek kenegaraan Palestin.
Encik Macron berkata Perancis dan Penguasa Palestin, yang menjalankan pemerintahan sendiri terhad di bawah pendudukan tentera Israel di Tebing Barat, akan menubuhkan jawatankuasa bersama untuk mengusahakan penggubalan perlembagaan Palestin baharu.
"Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk mengusahakan semua aspek undang-undang: perlembagaan, institusi dan organisasi," katanya kepada wartawan.
"Ia akan menyumbang kepada usaha membangunkan perlembagaan baharu, yang drafnya sudah dibentangkan oleh Presiden Abbas kepada saya, dan akan bertujuan untuk memuktamadkan semua syarat untuk penubuhan Negara Palestin sedemikian," kata Encik Macron.
Beliau menambah Perancis akan menyumbang 100 juta euro (S$151.71 juta) dalam bantuan kemanusiaan kepada Gaza untuk tahun 2025.
Encik Mahmoud Abbas berkata: "Kami komited kepada budaya dialog dan keamanan, dan kami mahukan negara demokrasi tanpa senjata yang komited kepada kedaulatan undang-undang, ketelusan, keadilan, pluralisme dan penggiliran kuasa."
Beliau berkata beliau menghargai usaha Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan rakan global untuk menamatkan pertempuran di Gaza dan membawa kepada peringkat seterusnya ke arah keamanan yang berkekalan dengan melucutkan senjata kumpulan militan termasuk Hamas.
Langkah oleh Perancis, Britain, Kanada dan Australia untuk mengiktiraf sebuah negara Palestin menyelaraskan mereka dengan lebih 140 negara lain yang turut menyokong aspirasi Palestin untuk membentuk tanah air merdeka dari wilayah yang diduduki Israel.
Namun, Presiden Trump mengutuk gelombang pengiktirafan itu, mengulangi pendirian sekutu rapatnya Israel bahawa berbuat demikian akan "memberi ganjaran" kepada Hamas atas serangan 7 Oktober 2023 ke atas Israel yang mencetuskan perang Gaza.

Sumber : Reuters/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.