Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peralihan tenaga di M'sia bawa pelaburan, peluang pekerjaan

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Peralihan tenaga bersih Malaysia untuk sektor kuasa akan membawa pelaburan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Takiyuddin Hassan berkata kerajaan mensasarkan kumulatif pelaburan langsung bernilai RM53 bilion atau AS$12 bilion (S$16.7 bilion) dan 47,000 peluang pekerjaan diwujudkan menerusi peralihan itu.

“Peralihan (tenaga) itu boleh dicapai menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baru Malaysia yang memfokuskan kepada empat sumber utama tenaga boleh baru iaitu suria, biojisim, biogas dan hidro.

Negara komited dalam membangunkan sektor tenaga yang mantap, stabil dan rendah karbon serta ia diletakkan dalam agenda pembangunan negara.

“Hasrat tersebut terdapat dalam banyak dasar kerajaan seperti Rancangan Malaysia Ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Ini menunjukkan komitment kerajaan dalam memastikan satu sistem tenaga yang stabil, saksama dan lestari di Malaysia,” kata beliau dalam ucapan.

Ucapan tersebut dibacakan oleh Timbalan Menteri KeTSA Ali Biju sebelum merasmikan Forum Kuasa Bersih dan Tenaga Baru Tahunan Kedua di Kuala Lumpur pada Rabu (20 Jul).

Bagaimanapun, Encik Takyuddin berkata peralihan sektor tenaga Malaysia tidak boleh dicapai tanpa penyertaan sektor swasta dan percaya dengan sokongan semua pemain industri tenaga, aspirasi Malaysia ke arah masa depan yang lebih bersih akan menjadi realiti.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan