Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peralihan jawatan PM: Ia bukan perkara mendesak - Anwar

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Encik Anwar Ibrahim berkata peralihan jawatan Perdana Menteri bukanlah satu perkara mendesak sebaliknya semua kepimpinan dalam Pakatan Harapan (PH) harus memberi perhatian penuh kepada soal pembangunan lebih mampan untuk rakyat.

Anggaran Waktu Membaca:
Peralihan jawatan PM: Ia bukan perkara mendesak - Anwar

Gambar fail Anuwar Ibrahim. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 28 Oct 2019 09:27PM Dikemas Kini : 28 Oct 2019 09:30PM

PENAMPANG: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Encik Anwar Ibrahim berkata peralihan jawatan Perdana Menteri bukanlah satu perkara mendesak sebaliknya semua kepimpinan dalam Pakatan Harapan (PH) harus memberi perhatian penuh kepada soal pembangunan lebih mampan untuk rakyat.

“Saya tidak fikir ini (peralihan jawatan perdana menteri) begitu mendesak. Saya berpendapat, kita beri kerjasama dan sokongan kepada kerajaan untuk tumpu perhatian soal pembangunan ekonomi dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi yang sangat mendesak sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen PKR Sabah, hari ini (28 Okt).

Turut hadir Pengerusi PKR Sabah Cik Christina Liew yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Mengulas lanjut, Encik Anwar berkata, kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai isu peralihan jawatan perdana menteri adalah tepat kerana keputusan peralihan itu perlu diputuskan oleh Majlis Presiden PH.

“Apa yang dikatakan oleh perdana menteri (Tun Dr Mahathir) memang tepat. Pelantikan perdana menteri dan keputusan untuk peralihan daripada beliau kepada (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) kemudian saya diputuskan oleh majlis presiden.

“Oleh itu, soal waktu dan masa peralihan pun boleh dibincang dalam majlis presiden,” katanya.

Pada Sabtu, Dr Mahathir berkata beliau bersetuju jika isu peralihan jawatan Perdana Menteri dibincangkan dalam Majlis Presiden PH kerana dalam majlis itulah cadangan untuk melantik para pemimpin PH dibuat dahulu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan