Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perak akan adakan solat sunat mohon hujan

Anggaran Waktu Membaca:

IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan arahan kepada semua masjid di Perak supaya mengadakan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan berikutan fenomena cuaca panas yang melanda Asia Tenggara ketika ini. 

Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata arahan itu mungkin dikeluarkan pada Isnin (15 Mei) atau dalam masa terdekat.

“Kita akan buat (solat sunat Istisqa) dalam masa terdekat sebab kita tengok awan ada nampak nak hujan pula, tetapi insya-Allah kita akan buat.

“Mungkin kita arahkan hari esok, esok saya akan keluarkan surat mungkin Selasa, Rabu kalau masih lagi cuaca begini (panas) kita akan teruskan,” katanya kepada para pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 JAIPk bersama Persatuan Cina Muslim Ipoh pada Ahad (14 Mei). 

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Perak akan mengadakan solat sunat istisqa atau solat sunat meminta hujan ekoran cuaca panas ketika ini.

Pada 10 Mei, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak, antaranya melibatkan Hulu Perak, Kinta dan Manjung di Perak.

Tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan