Skip to main content

Dunia

Peraduan Ratu Cantik Thai disiasat susuli kemunculan kelompok COVID-19

Para peserta peraduan ratu cantik di Thailand yang mengambil bahagian dalam peraduan tersebut pada bulan lalu mungkin berdepan dengan hukuman kerana tidak memakai pelitup, menurut polis yang mengeluarkan amaran tersebut pada Ahad (11 Jul),

Anggaran Waktu Membaca:
Peraduan Ratu Cantik Thai disiasat susuli kemunculan kelompok COVID-19

(Gambar: AFP/Miss Grand Pageant)

Diterbitkan : 12 Jul 2021 09:16AM Dikemas Kini : 12 Jul 2021 09:23AM

BANGKOK: Para peserta peraduan ratu cantik di Thailand yang mengambil bahagian dalam peraduan tersebut pada bulan lalu mungkin berdepan dengan hukuman kerana tidak memakai pelitup, menurut polis yang mengeluarkan amaran tersebut pada Ahad (11 Jul), setelah kelompok dengan sebanyak 22 jangkitan dikesan daripada acara itu.

Seramai 13 peserta dan sembilan yang lain dikaitkan dengan peraduan Miss Grand Samut Sakhon, yang diadakan di Bangkok pada lewat Jun lalu dan mereka diuji positif COVID-19, menurut para pegawai.

Thailand sedang bersiap sedia menghadapi gelombang ketiga penularan COVID-19 dengan 9,539 kes baru dilaporkan pada Sabtu (10 Jul) dan 86 kematian.

"Ramai individu mungkin terlibat dalam peraduan itu termasuk para peserta yang melanggar peraturan," kata timbalan pesuruhjaya polis metropolitan, Piya Tawichai kepada para wartawan di Bangkok pada Ahad (11 Jul).

Pihak penganjur mendapatkan keizinan untuk menganjurkan acara itu, namun perlu mematuhi 20 peraturan khusus, termasuk pemakaian pelitup, menurut polis.

"Mereka yang datang menyaksikan peraduan itu tidak memakai pelitup dan mereka juga (melanggar) perintah darurat dan undang-undang kawalan penyakit," kata Piya.

Para penganjur dan peserta peraduan peringkat wilayah itu sudah disiasat dan mereka mungkin akan dikenakan hukuman, menurut polis.

Gambar-gambar daripada acara itu yang dimuat naik ke Facebook memaparkan para peserta memakai gaun dan selempang tanpa memakai pelitup dan mematuhi peraturan jarak selamat.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita