Penyokong tebusan di Gaza anjur tunjuk perasaan di Pantai Tel Aviv, gesa Netanyahu henti perang
Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Israel anjur tunjuk perasaan di pantai Tel Aviv. (Gambar: AP)
TEL AVIV: Para penyokong tebusan yang ditahan di Gaza oleh Hamas membina struktur di pantai Tel Aviv pada Jumaat (8 Ogos) dengan mesej bertulis "Tamatkan perang BB", berserta dengan lukisan berupa kepala Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dikenali dengan nama panggilannya "Bibi".
Pantai itu terletak berhampiran dengan kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv.
Perkembangan itu dilaporkan sedang Israel menyatakan pada Jumaat (8 Ogos) bahawa ia merancang untuk mengambil alih Bandar Gaza. Ini dipercayai akan memburukkan lagi keadaan perang dengan Hamas yang sudah berlarutan selama 22 bulan. Ia sekali lagi mengundang gesaan daripada pihak antarabangsa untuk menamatkan konflik, dan menimbulkan kebimbangan terhadap tebusan yang masih ditahan di Gaza.
Perang udara dan darat Israel membunuh berpuluh-puluh ribu orang di Gaza, menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal, memusnahkan kawasan yang luas dan membawa penduduk wilayah itu ke ambang kebuluran.
Belum jelas setakat ini bilakah akan berlaku satu lagi operasi darat besar-besaran kerana ia memerlukan pengerahan beribu-ribu anggota tentera, pengusiran paksa orang awam, dan pasti sekali boleh memburukkan lagi krisis kemanusiaan tersebut.
Kumpulan Hamas mencetuskan perang tersebut apabila mereka menyerbu Israel pada 7 Oktober 2023, membunuh kira-kira 1,200 orang dan menculik 251 yang lain.
Kebanyakan tebusan sudah dibebaskan semasa gencatan senjata atau menerusi perjanjian-perjanjian lain namun 50 orang masih terus ditahan di Gaza.
Israel percaya sekitar 20 daripada mereka masih hidup.
Serangan tentera Israel membunuh lebih 61,000 rakyat Palestin, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, yang tidak menyatakan berapa ramai pejuang atau orang awam yang terkorban.
Kementerian itu sebahagian daripada badan pemerintah yang diterajui Hamas dan dikendalikan oleh para pakar perubatan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pakar-pakar bebas menganggap perangkaan kementerian itu sebagai anggaran korban yang paling boleh dipercayai. Israel mempertikaikan perangkaan tersebut tanpa memberikan perangkaannya sendiri.

Sumber : AP/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.