Penyokong pembangkang India rancang rapat besar-besaran jelang pilihan raya; bantah penahanan Ketua Menteri Delhi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
NEW DELHI: Para penyokong pakatan pembangkang utama di India merancang untuk mengadakan rapat besar-besaran di ibu kota negara itu menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan pada bulan depan.
Ia merupakan perhimpunan pertama seumpama itu sejak ketua menteri Delhi, Arvind Kejriwal diberkas atas tuduhan rasuah, 10 hari yang lalu.

Parti-parti pembangkang menuduh Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah menggunakan agensi-agensi siasatan untuk menahan pemimpin mereka, dan menghalang mereka daripada berkempen.
BJP bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut.
Polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, di tengah-tengah kebimbangan ramai orang akan berkumpul dan kemungkinan berlaku keganasan.
Ini adalah kali pertama seorang ketua menteri di India dihukum penjara ketika masih menyandang jawatan tersebut.
Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyuarakan kebimbangan terhadap penahanannya, dan menggesa pemerintah pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi supaya bersikap adil dalam kes itu.
India telah menyelar para pengkritiknya kerana campur tangan dalam hal ehwalnya.

Sumber : AGENCIES/SE/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.