Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyokong parti pembangkang ditahan sebelum berlaku bantahan di kediaman PM Modi

Anggaran Waktu Membaca:
Penyokong parti pembangkang ditahan sebelum berlaku bantahan di kediaman PM Modi

Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal ditahan atas tuduhan rasuah berkait dengan dasar minuman keras bandar itu. (Gambar: AFP)

NEW DELHI: Polis di ibu kota India menahan puluhan penyokong parti pembangkang pada Selasa (26 Mac) kerana cuba berarak ke kediaman Perdana Menteri Narendra Modi bagi membantah pemberkasan Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal minggu lalu.

Encik Kejriwal, seorang pemimpin utama parti pembangkang yang mana Parti Aam Aadmi (AAP) telah mentadbir wilayah ibu negara itu selama sedekad, ditahan oleh agensi memerangi jenayah kewangan itu atas tuduhan rasuah berkait dengan dasar minuman keras bandar itu. Penahanan itu dibuat hanya beberapa minggu sebelum rakyat India keluar mengundi dalam pilihan raya umum pada 19 April.
Beliau direman untuk jagaan direktorat penguatkuasaan sehingga 28 Mac, dengan peguam bagi agensi itu menganggap beliau sebagai "kingpin" dalam kes itu dan perlu disoal siasat.

Parti Encik Kejriwal, yang semua pemimpin utamanya kini dipenjarakan berkaitan kes itu, menyatakan beliau telah "ditangkap secara palsu" dalam "kes yang diada-adakan".

Sementara itu, pemerintah persekutuan dan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Encik Modi menolak dakwaan campur tangan politik.

Pada Selasa, para penyokong Encik Kejriwal cuba untuk berarak ke kediaman Encik Modi, tetapi dihentikan polis di sebuah kawasan, dalam jarak 5 kilometer dari di mana mereka berhimpun.

Paparan di televisyen menunjukkan sebilangan penunjuk perasaan wanita yang duduk di bawah sambil melaungkan slogan ketika anggota polis cuba membawa mereka dari tempat tersebut.

"Kami mahu katakan, lepaskan Arvind Kejriwal kami," tegas salah seorang penunjuk perasaan kepada stesen penyiaran India Today.
 
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan