Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyokong mantan PM Imran Khan berarak ke Islamabad, tuntut kebebasannya

Anggaran Waktu Membaca:
Penyokong mantan PM Imran Khan berarak ke Islamabad, tuntut kebebasannya

(Gambar: Aamir QURESHI / AFP)

Diterbitkan : 25 Nov 2024 11:21PM Dikemas Kini : 25 Nov 2024 11:23PM
ISLAMABAD: Para penyokong mantan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang sedang meringkuk dalam penjara, dilaporkan kini berada di pinggir Islamabad, ibu kota Pakistan.

Encik Khan dipenjarakan sejak Ogos lalu atas dakwaan terlibat dalam rasuah dan menghasut keganasan.

Para penyokongnya mengadakan perarakan untuk menuntut agar beliau dan para pemimpin partinya dibebaskan dari penjara.

Mereka juga mendakwa, penipuan telah berlaku semasa pilihan raya umum Pakistan pada Februari lalu.

Sejak dua hari lalu, pihak berkuasa telah mengenakan perintah berkurung di Islamabad untuk menyekat kemaraan para penunjuk perasaan itu.

Para pengawal keselamatan dikerahkan ke pintu-pintu masuk utama wilayah itu.

Kawalan keselamatan juga diperketatkan di zon merah, yang dikenali sebagai D-Chowk, di mana terletak bangunan-bangunan penting termasuk dewan parlimen.

Menteri Dalam Negeri Pakistan, Mohsin Naq-vi telah memberi amaran kepada para penunjuk perasaan agar jangan mendekati dewan parlimen, dan mengancam akan memberkas mereka.
Sumber : Agensi berita/KH/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan