Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyokong liga kampung bergaduh; polis lancar siasatan

Anggaran Waktu Membaca:
Penyokong liga kampung bergaduh; polis lancar siasatan

Tangkapan skrin video yang tular. (Gambar: Agensi berita)

HULU TERENGGANU: Hampir 30 orang penyokong bola sepak terlibat dalam insiden pergaduhan selepas tamat perlawanan Liga Kampung di daerah Hulu Terengganu, pada petang Sabtu (15 Okt).

Tindakan penyokong itu mengakibatkan pagar di bahagian padang rosak dan cermin kedai makan berhampiran padang turut pecah, lapor Astro Awani.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Mohd Adli Mat Daud, provokasi antara penyokong kedua-dua belah pasukan berlaku selepas perlawanan tamat di luar kawasan padang.

Menyusuli insiden kira-kira jam 6.55 petang Sabtu itu, pihaknya mengarahkan anggota peronda bertugas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan dan meleraikan kekecohan.

Siasatan mendapati berlaku beberapa kerosakan di pagar padang bola sepak dan cermin dinding di salah sebuah kedai makan turut pecah akibat kejadian yang berlaku.

Tambah Mohd Adli lagi, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku melibatkan kedua-dua belah pihak, menurut Astro AWANI.

Sebelum itu, perlawanan bola sepak peringkat suku akhir antara dua pasukan mewakili dua buah kampung di daerah Hulu Terengganu berkesudahan dengan Kampung Matang FC menang dengan jaringan 1-0 menentang Bima FC.

Mengulas lanjut Mohd Adli berkata, pihaknya juga sudah memanggil penganjur perlawanan dan kedua-dua pihak pengurusan pasukan bola sepak yang terlibat ke IPD Hulu Terengganu untuk menjalankan siasatan berkaitan kejadian.

Setakat ini, tiada sebarang penangkapan dibuat memandangkan pihak berkaitan belum membuat aduan polis, menurut Astro AWANI.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan