Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyiasat temui mayat dalam bangkai pesawat yang bawa Sala

Penyiasat Britain menemui mayat dalam bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala, dan juruterbang David Ibbotson.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyiasat temui mayat dalam bangkai pesawat yang bawa Sala

Ramai peminat Sala berduka selepas pemain bola sepak kegemaran mereka dilaporkan hilang. (Gambar: Loic Venance/AFP)

Diterbitkan : 07 Feb 2019 02:48PM Dikemas Kini : 07 Feb 2019 02:49PM

LONDON: Penyiasat Britain menemui mayat dalam bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala, dan juruterbang David Ibbotson. Demikian menurut Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) di Britain pada lewat Rabu (6 Feb).

Bagaimanapun, agensi tersebut tidak mendedahkan identiti mayat tersebut.

Sala, 28 tahun, berlepas dari Nantes di Perancis untuk ke Cardiff pada 21 Januari lalu, selepas bintang bola sepak itu menandatangani kontrak dengan kelab Liga Perdana England tersebut, sebelum hilang semasa merentasi Selat Inggeris.

Bangkai pesawat itu dijumpai pada Ahad menyusuli satu pencarian di bawah permukaan air yang dijalankan oleh pasukan penyiasat privet.

Mayat itu kini diserahkan kepada unit forensik untuk mengesahkan identitinya.

Sala dan juruterbang itu dipercayai terkorban apabila pesawat yang dinaiki mereka terhempas ke dalam laut.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan