Skip to main content

Dunia

Penyiasat nahas Air India mendapati enjin pesawat dimatikan beberapa saat sebelum ia terhempas

Anggaran Waktu Membaca:
Penyiasat nahas Air India mendapati enjin pesawat dimatikan beberapa saat sebelum ia terhempas

Ekor pesawat di atas bangunan hospital susuli nahas pesawat Air India. Gamprr (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Jul 2025 08:11AM Dikemas Kini : 12 Jul 2025 08:12AM
DELHI: Satu laporan awal oleh penyiasat nahas penerbangan India menyatakan pada Sabtu (12 Jul), nahas pesawat Air India yang mengorbankan 260 orang di Ahmedabad pada bulan lalu menunjukkan suis untuk mematikan enjin pesawat dinyalakan sebelum ia dimatikan dalam masa beberapa saat.

"Pada peringkat penyiasatan ini, tiada sebarang tindakan disyorkan kepada pengendali dan pengeluar enjin Boeing 787-8 dan/atau GE GEnx-18," kata Biro Siasatan Kemalangan Pesawat India.

Agensi itu yang merupakan sebuah pejabat di bawah kementerian penerbangan awam India, memimpin siasatan dalam nahas penerbangan paling dahsyat pernah berlaku di dunia dalam tempoh sedekad.

Pesawat Boeing Dreamliner BA.N 787 itu serta-merta mula kehilangan tujahan dan menjunam, menurut laporan yang diterbitkan pada Sabtu oleh penyiasat nahas pesawat India.

Dalam rakaman suara kokpit, seorang juruterbang kedengaran bertanya kepada seorang lagi juruterbang mengapa beliau memotong bahan api.

"Juruterbang itu bagaimanapun menafikanberbuat demikian," menurut laporan tersebut.

Ia tidak mengenal pasti komen yang mana satu dibuat oleh kapten pesawat dan pegawai pertama, mahupun juruterbang yang mengeluarkan amaran 'Mayday, Mayday, Mayday' sebelum nahas itu berlaku.

TIDAK JELAS BAGAIMANA SUIS PEMOTONGAN BAHAN API DIHIDUPKAN

Laporan awal juga tidak menyatakan bagaimana suis tersebut dinyalakan dalam penerbangan dari bandar Ahmedabad ke London pada 12 Jun lalu.

Pakar keselamatan penerbangan Amerika John Cox berkata para juruterbang tidak mungkin boleh menekan suis itu dengan sengaja.

"Anda tidak boleh melanggarnya dan ia juga bergerak," katanya.

Apabila suis tersebut dihidupkan, enjin pesawat serta-merta dimatikan.

Ia sering digunakan untuk mematikan enjin sebaik sahaja pesawat tiba di pintu lapangan terbang dan sewaktu berlaku kecemasan seperti kebakaran enjin.

Laporan itu tidak menyatakan berlaku kecemasan dalam pesawat itu yang perlukan enjin dimatikan.
Sumber : Reuters/HZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita