Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyiasat Korea Selatan lakukan percubaan kedua tangkap Presiden Yoon Suk Yeol, cuba masuk kediaman

Para penyiasat Korea Selatan melakukan satu lagi percubaan untuk menangkap Presiden Yoon Suk Yeol yang didakwa pada Rabu (14 Jan) menyusuli percubaan gagal menguatkuasakan undang-undang tentera.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyiasat Korea Selatan lakukan percubaan kedua tangkap Presiden Yoon Suk Yeol, cuba masuk kediaman
Diterbitkan : 15 Jan 2025 07:38AM Dikemas Kini : 15 Jan 2025 07:43AM
SEOUL: Para penyiasat Korea Selatan melakukan satu lagi percubaan untuk menangkap Presiden Yoon Suk Yeol yang didakwa pada Rabu (14 Jan) menyusuli percubaan gagal menguatkuasakan undang-undang tentera.

Namun berlaku pergelutan setelah dihalang oleh para pengawal Encik Yoon, menurut para wartawan AFP.

Percubaan rampasan kuasa singkat Encik Yoon pada 3 Disember itu menjerumuskan negaranya ke dalam krisis politik paling buruk dalam tempoh sedekad, setelah beliau mengarahakan para tentera supaya merempuh parlimen dalam usaha gagal untuk menghentikan parta penggubal undang-undang daripada mengundi menentang tindakannya.

Mantan pendakwa raya itu, yang sudahpun digantung daripada tugasnya oleh para penggubal undang-undang, menjadi presiden Korea Selatan yang masih berkhidmat pertama dalam sejarah yang bakal ditangkap jika waran tangkap mahkamah dilaksanakan.

Para pegawai yang menyiasat Encik Yoon menunjukkan waran tersebut di kediaman beliau, namun dihalang oleh para pengawal, lapor Yonhap.

"Para penyiasat bergelut dengan para pengawal keselamatan presiden selepas menunjukkan waran untuk melakukan pencarian, penahanan terhadap Yoon," lapor Yonhap.

Ia kemudian melaporkan para penyiasat terlibat dalam "pergelutan fizikal" sedang mereka mencuba untuk masuk secara paksa ke kediaman tersebut, tanpa memperincikan dengan siapa pergelutan itu berlaku.

Rakaman TV menunjukkan para penyiasat dari Pejabat Siasatan Rasuah (CIO) yang sedang menyiasat Encik Yoon dan para pegawai polis mencuba memasuki pekarangan kediaman itu namujn dihalang oleh seseorang yang tidak dapat dikenal pasti di pintu masuk.

Ribuan penyokong tegar presiden itu berhimpun di luar kediaman Encik Yoon di ibu kota Seoul untuk melindunginya, menurut wartawan AFP.

Para peguam Encik Yoon juga dilihat berada di depan kediaman tersebut, menentang pelaksanaan waran tangkap itu.

Percubaan pertama untuk memberkas Encik Yoon dilakukan pada 3 Januari. Namun ia gagal selepas pertembungan berjam-jam lamanya dengan para pengawal presiden, yang enggan membiarkan para penyiasat melaksanakannya.
Sumber : Reuters/NK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan