Penyiasat Korea Selatan gugurkan cubaan berkas Presiden Yoon
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Yao Qilin/Xinhua/AP)
SEOUL: Para Penyiasat Korea Selatan menggugurkan percubaan mereka untuk memberkas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol di kediamannya pada Jumaat (3 Jan) yang sebelum ini didakwa atas perisytiharan perintah undang-undang tentera.
"Mengenai pelaksanaan waran tangkap hari ini, pelaksanaannya sulit sekali disebabkan oleh kebuntuan yang berterusan. Kebimbangan terhadap keselamatan kakitangan di lokasi mendorong kepada keputusan untuk menggugurkan pelaksanaannya," menurut Pejabat Siasatan Rasuah (CIO) dalam kenyataannya.
Pihak berkuasa memasuki pekarangan kediaman Encik Yoon lebih awal untuk melaksanakan waran tangkap yang belum pernah berlaku sebelum ini, bagi mengelak daripada para penunjuk perasaan di luar kediaman itu, tetapi berdepan dengan pasukan keselamatan presiden di dalam kediaman tersebut.
Tidak jelas sama ada Perkhidmatan Keselamatan Presiden (PSS), yang sebelum ini menyekat akses penyiasat dengan waran geledah untuk memasuki pejabat dan kediaman rasmi Encik Yoon, akan cuba menghalangnya daripada ditangkap.
Ini merupakan kali pertama pihak berkuasa berusaha untuk menangkap seorang pemimpin yang masih berkhidmat.
Para penyiasat daripada CIO, termasuk pendakwa raya kanan Lee Dae-hwan, telah dibenarkan melalui penghadang keselamatan yang ketat untuk memasuki kediaman Encik Yoon untuk cuba melaksanakan waran tangkap bagi memberkas Encik Yoon, menurut wartawan AFP.
Tetapi mereka disekat oleh unit tentera selepas memasuki kediaman tersebut, lapor agensi berita Yonhap.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.