Penyiasat Korea Selatan berkas Presiden Yoon Suk Yeol
Pihak berkuasa Korea Selatan telah memberkas Presiden Yoon Suk Yeol pada Rabu (15 Jan) atas tuduhan melakukan pemberontakan berhubung pengisytiharan undang-undang tentera darurat pada 3 Disember lalu, menurut para penyiasat.

(Gambar: AFP)
Ini menjadi Yoon Presiden Korea Selatan pertama yang diberkas.
Satu rombongan kenderaan dilihat meninggalkan rumah Yoon di mana beliau bersembunyi selama beberapa minggu di sebalik penghadang kawat berduri dan di bawah perlindungan pengawal keselamatan peribadi.
"Ibu Pejabat Siasatan Bersama telah melaksanakan waran tangkap bagi Presiden Yoon Suk Yeol hari ini pada pukul 10.33 pagi waktu tempatan," menurtu pihak berkuasa, yang sedang menyiasat Presiden Yoon atas tuduhan melakukan pemberontakan, dalam satu kenyataan.
Encik Yoon berkata beliau mematuhi soal siasat penyiasat di Pejabat Siasatan Rasuah bagi mengelakkan "pertumpahan darah".
Beliau menambah bahawa ia agak menyedihkan untuk melihat tindakan penguatkuasaan undang-undang yang serius termasuk penangkapannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.