Skip to main content

Dunia

Penyertaan PRU 15 terserah kepada parti, kata Bekas Menteri Besar Terengganu

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA NERUS: Bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman menerima apa jua keputusan pucuk pimpinan parti dalam menentukan kedudukannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu, beliau menyerahkan kepada pemimpin parti bagi memutuskan sama ada akan kekal bertanding di kerusi DUN atau sebaliknya.

"Saya tidak ada masalah. Saya pulangkan segala keputusan kepada pengurusan parti. Kalau parti berkehendakkan saya mempertahankan DUN Seberang Takir, saya akan pertahankan.

"Sekiranya nak dihantar ke kawasan lain, terpulang kepada parti. Dan untuk tidak bertanding juga, terpulang kepada parti," katanya ketika ditemui media pada Jumaat (7 Okt), lapor Astro Awani.

Sementara itu, ditanya jika namanya dicalonkan berpindah ke kerusi Parlimen, Encik Ahmad Razif memaklumkan, beliau sedia untuk bertanding di mana-mana seperti yang ditentukan parti.

Jelasnya, pimpinan tertinggi parti lebih mengetahui di mana posisi terbaik bagi setiap calon.

Encik Ahmad Razif sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu pada Mei 2014, namun Barisan Nasional (BN) tewas pada PRU-14 dan negeri itu kemudiannya diperintah oleh PAS.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita