Skip to main content

Dunia

Penyertaan Khairy Jamaluddin tambah nilai parti, dedah MPT Bersatu

Anggaran Waktu Membaca:
Penyertaan Khairy Jamaluddin tambah nilai parti, dedah MPT Bersatu

Mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. (Gambar fail: Bernama)

SHAH ALAM: Memiliki ketokohan tersendiri dalam menarik sokongan orang muda diyakini antara sumbangan terbesar mampu diberikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jika bekas Ketua Pemuda UMNO itu menerima tawaran sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti tersebut.

Ahli MPT Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, dengan daya tarikan itu, penyertaan bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan secara tidak langsung berupaya memberi nilai tambah bukan sahaja kepada parti bahkan Perikatan Nasional (PN) sendiri.

“Sudah tentu beliau (Khairy) mampu menarik sokongan bukan sahaja kelompok politik tetapi juga belia, korporat dan sebagainya yang menyukai beliau."

“Keadaan ini pastinya memberi nilai tambah kepada Bersatu secara khusus dan PN secara amnya dalam persiapan menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi ini."

“Malah, saya sebagai ahli politik muda secara peribadi amat mengagumi beliau dalam beberapa hal,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis (18 Mei), seperti dipetik laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sumbangan yang mampu diberikan Encik Khairy sekiranya menerima tawaran menyertai barisan kepimpinan Bersatu.

Pada Rabu (17 Mei), Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengesahkan Encik Khairy ditawarkan memegang jawatan ahli MPT Bersatu.

Sementara itu, ditanya mengenai tawaran yang dibuat kepada Encik Khairy oleh Encik Muhyiddin itu mendapat persetujuan parti atau sebaliknya.

Encik Muhammad Faiz berkata, barisan kepimpinan memberi mandat sepenuhnya kepada Ahli Parlimen Pagoh itu untuk membuat sebarang keputusan.

“Kita sememangnya sudah menjangkakan pasti ada pelawaan daripada barisan kepimpinan terutamanya Muhyiddin secara peribadi dan kita memberi mandat untuk Tan Sri (Muhyiddin) berhubung dengan Khairy secara formal atau tidak formal,” kata beliau, menurut Astro Awani.

Ujarnya lagi, melihat kepada ketokohan politik Khairy di peringkat nasional, bekas Menteri Kesihatan Malaysia itu disifatkan sebagai layak untuk mendapat tempat dalam barisan MPT mana-mana parti.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita