Penyerang Sydney mungkin sasar wanita, dedah Polis Australia
Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Polis Australia pada Isnin (15 Apr) menyatakan bahawa penyerang yang menikam enam individu di sebuah pusat beli-belah di Bondi, Sydney, mungkin menyasarkan wanita.
Ratusan orang meletakkan jambangan bunga berdekatan lokasi kejadian sedang negara itu meratapi mangsa.
Ketika serangan ayng berlaku pada Sabtu (13 Apr), lima daripada enam individu yang maut dan majoriti daripada 12 individu yang cedera adalah wanita. Polis menyatakan pada Isnin bahawa pihaknya sudah selesai mengambil bukti fizikal di pusat beli-belah Westfield Bondi Junction.
"Jelas bagi saya, jelas bagi detektif bahawa penyerang menyasarkan wanita dan cuba mengelak lelaki," kata Pesuruhjaya Polis negara New South Wales Karen Webb kepada Australian Broadcasting Corp (ABC).

BACA:
Polis menyatakan bahawa penyerang, Joel Cauchi, 40 tahun, mengalami isu kesihatan mental pada masa lalu dan tiada tanda-tanda menunjukkan ideologi adalah motifnya.
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata "isu berkaitan jantina...amat membimbangkan" ketika ditanya ABC Radio sekiranya serangan itu bermotifkan jantina.
"Polis New South Wales sudah menyatakan bahawa pihaknya akan menyiasat faktor tersebut," katanya.
Satu-satunya mangsa lelaki yang dibunuh oleh Cauchi dalam serangan tersebut adalah seorang pengawal keselamatan pusat beli-belah.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.