Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyerang masjid Christchurch dimasukkan dalam senarai entiti pengganas

Pesalah yang bertanggungjawab ke atas serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019, dimasukkan ke dalam senarai entiti pengganas, demikian umum Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Selasa (1 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyerang masjid Christchurch dimasukkan dalam senarai entiti pengganas

Brentant Tarrant, penyerang masjid Christchurch, di mahkamah New Zealand pada 26 Ogos 2020 (Gambar: Reuters/John Kirk-Anderson/Pool)

Diterbitkan : 01 Sep 2020 02:49PM Dikemas Kini : 01 Sep 2020 02:50PM

WELLINGTON: Pesalah yang bertanggungjawab ke atas serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019, dimasukkan ke dalam senarai entiti pengganas, demikian umum Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Selasa (1 Sep).

"Penetapan itu menunjukkan New Zealand sangat mengecam keganasan dan ekstremisme dalam apa jua bentuk," kata Arden dalam satu kenyataan lapor agensi berita Xinhua.

Perdana Menteri itu berkata ia dilakukan berdasarkan undang-undang New Zealand, membekukan aset entiti pengganas dan menjadikannya satu kesalahan jenayah jika turut serta atau menyokong aktiviti entiti berkenaan.

"Ia bagi memastikan pelaku tidak boleh terlibat dalam membiayai keganasan pada masa akan datang," kata Cik Ardern.

"Kita mempunyai tanggungjawab kepada New Zealand dan masyarakat antarabangsa untuk mencegah keganasan," katanya.

Kini terdapat 20 entiti pengganas di bawah undang-undang New Zealand, termasuk dalang kejadian Christchurch itu. 

Di bawah Seksyen 22 Akta Memerangi Keganasan 2002, Arden menetapkan individu atau kumpulan sebagai entiti pengganas, atas nasihat pegawai.

Maklumat lanjut mengenai proses itu boleh didapati di laman web Polis New Zealand, katanya.

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan