Penyerang masjid Christchurch dihukum penjara seumur hidup tanpa pembebasan bersyarat
Sebuah mahkamah di New Zealand pada Khamis (27 Ogos) menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa pembebasan bersyarat ke atas penyerang yang meragut nyawa 51 jemaah dalam serangan paling berdarah dalam sejarah New Zealand.

Brentant Tarrant, penyerang masjid Christchurch, di mahkamah New Zealand pada 26 Ogos 2020 (Gambar: Reuters/John Kirk-Anderson/Pool)
WELLINGTON: Sebuah mahkamah di New Zealand pada Khamis (27 Ogos) menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa pembebasan bersyarat ke atas penyerang yang meragut nyawa 51 jemaah dalam serangan paling berdarah dalam sejarah New Zealand.
Hukuman yang dijatuhkan ke atas Brenton Tarrant itu adalah yang pertama seumpamanya di negara tersebut.
Tarrant, lelaki warga Australia berusia 29 tahun, mengaku bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 percubaan membunuh dan satu tuduhan melakukan tindakan pengganas semasa melepaskan tembakan di dua masjid di Christchurch pada 2019 yang turut menyiarkan pembunuhan beramai-ramai itu secara langsung di Facebook.
LAPORAN BERKAITAN:
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.