Skip to main content

Dunia

Penyerang masjid Christchurch didakwa atas tuduhan keganasan

Pengganas kulit putih yang dituduh menembak mati 51 jemaah di dua masjid Christchurch, New Zealand, didakwa secara rasmi dengan tuduhan keganasan buat kali pertama hari ini (21 Mei). Demikian menurut polis negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyerang masjid Christchurch didakwa atas tuduhan keganasan

Brenton Tarrant didakwa atas tuduhan membunuh berhubung serangan pengganas yang dilancarkan ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand. (Gambar: Mark Mitchell/New Zealand Herald/Reuters)

Diterbitkan : 21 May 2019 04:33PM Dikemas Kini : 21 May 2019 04:35PM

WELLINGTON: Pengganas kulit putih yang dituduh menembak mati 51 jemaah di dua masjid Christchurch, New Zealand, didakwa secara rasmi dengan tuduhan keganasan buat kali pertama hari ini (21 Mei). Demikian menurut polis negara itu.

Selain tuduhan keganasan, Brenton Tarrant juga menghadapi 51 tuduhan membunuh dan 40 percubaan membunuh dalam serangan yang berlaku pada 15 Mac lalu.

Menurut Polis New Zealand, keputusan untuk mengenakan tuduhan pengganasan itu diambil selepas perbincangan dengan pihak pendakwa dan para pakar guaman pemerintah.

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menyifatkan pembunuhan beramai-ramai di masjid Christchurch itu sebagai "serangan pengganasan" yang dirancang dengan teliti sejak Tarrant, yang menganggap dirinya sebagai seorang penyokong ketuanan berkulit putih, melancarkan serangan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.

Tertuduh, warga Australia 28 tahun, kini ditahan dalam penjara kawalan ketat dan sedang menjalani ujian mental sama ada boleh dibicarakan.

Dia dijadual dihadapkan semula ke mahkamah pada 14 Jun ini.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita