Penyerang Kamal Adli tidak dibenar ikat jamin
Anggaran Waktu Membaca:

Keadaan Kamal Adli selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura berikutan serangan di Singapore Expo pada 12 Mac 2023. (Gambar: kamaladli/Instagram)
SINGAPURA: Mahkamah tidak membenarkan lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli diikat jamin.
“Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental (IMH), saya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin,” kata Hakim Daerah Brenda Tan pada Selasa (4 Apr).
Hakim bersetuju terhadap permohonan pendakwaan untuk tidak menawarkan ikat jamin dan menangguhkan kes itu selama empat minggu bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.
“Kes ini ditangguhkan selama empat minggu kepada 2 Mei,” kata Cik Tan.
Tertuduh sebelum itu direman tiga minggu di IMH untuk pemerhatian psikiatri.
Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negara pada 14 Mac atas pertuduhan “disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya”.
Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu.
Terdahulu, tertuduh yang hadir di mahkamah, membantah permohonan pendakwa raya untuk tidak membenarkan dia diikat jamin.
Tertuduh yang ditanya Cik Tan berhubung bantahannya, berkata semakan IMH mendapati dia "berkelakuan dan bertingkah laku baik".
"Jadi saya tidak faham kenapa saya tidak diberi tawaran jaminan," kata tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Cik Tan menangguhkan kes itu selama kira-kira tiga minit bagi membolehkan mahkamah membaca dua perenggan, khususnya 18 dan 21 dalam laporan IMH, kepada tertuduh.
Tertuduh yang memakai baju-T hitam kemudiannya berkata "tidak semua dalam perenggan 18 dan 21 adalah benar...saya tidak setuju."

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.