Penyerang Christchurch berdepan 50 tuduhan membunuh
Lelaki yang menyerang dua masjid di Christchurch, bulan lalu, bakal didakwa atas 50 tuduhan membunuh, apabila dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat (5 Apr), menurut polis New Zealand.

Para pegawai polis di Christchurch, New Zealand. (Gambar: Anthony Wallace/AFP)
CHRISTCHURCH: Lelaki yang menyerang dua masjid di Christchurch, bulan lalu, bakal didakwa atas 50 tuduhan membunuh, apabila dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat (5 Apr), menurut polis New Zealand.
Sebelum ini, warga Australia, Brenton Tarrant didakwa atas satu tuduhan membunuh.
Namun, polis mendedahkan semalam (4 Apr) angka kematian dan mangsa yang cedera dalam serangan 15 Mac lalu menyebabkan tuduhan ke atasnya ditambah.
“Lelaki yang ditahan kerana terbabit dalam serangan pengganas di Christchurch, akan berdepan 50 tuduhan membunuh dan 39 tuduhan cubaan membunuh, apabila dihadapkan semula ke Mahkamah Tinggi di Christchurch pada Jumaat,” kata polis dalam satu kenyataan.
Suspek berusia 28 tahun itu akan dihadapkan ke mahkamah menerusi video di mahkamah Christchurch dari penjara keselamatan maksimum di Auckland.
Menurut polis, pihaknya juga sedang meneliti tuduhan lain terhadap Tarrant, tetapi tidak menjelaskan dengan terperinci perkara itu.
Tuduhan lain itu mungkin mempunyai kaitan sama ada mahkamah berpendapat ia adalah serangan yang dilancarkan oleh pengganas.
Sementara itu, mahkamah berkata, Tarrant tidak perlu membuat sebarang pengakuan pada proses pendengaran pertuduhan.
Mahkamah juga mengeluarkan arahan melarang pihak media daripada merakam atau mengambil gambarnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.