Penyeludup dadah Asia Tenggara kini guna laluan melalui laut
Anggaran Waktu Membaca:

(Gamabr: AP/Sakchai Lalit)
BANGKOK: Para penyeludup dadah di Asia Tenggara kini menggunakan laluan laut untuk mengelakkan pintasan oleh pihak berkuasa yang dijalankan di Thailand dan China, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB).
Para penyeludup sedang memindahkan sejumlah besar bekalan methamphetamine dan dadah haram yang lain menerusi bahagian tengah Myanmar dan Laut Andaman kerana kurang perhatian ditumpukan untuk mengawal perairan tersebut, tegas agensi tersebut.
Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) mendedahkan dapatan itu di dalam laporan terbarunya mengenai perkembangan dan cabaran-cabaran dadah sintetik di Asia Timur dan Asia Tenggara.
Tahun lalu, dua wilayah itu secara keseluruhannya merampas hampir 151 tan methamphetamine, dengan Asia Tenggara menyumbang 138 tan.
SEGI TIGA EMAS
Methamphetamine terus menjadi dadah yang paling banyak digunakan di Asia Timur dan Asia Tenggara.
Wilayah timur Myanmar yang terpencil, Shan, kekal sebagai pengeluar meth kristal atau 'ais' disebabkan penguatkuasaan lemah undang-undang.
Sejumlah besar dadah dihantar keluar melalui sempadan Laos, Myanmar, Thailand, iaitu kawasan yang digelar Segi Tiga Emas.
Ketiga-tiga negara Mekong itu merampas sekitar 113 tan methamphetamine tahun lalu, yang menyumbang kepada tiga suku rampasan keseluruhan dadah yang mempunyai ketagihan tinggi di rantau tersebut.
LALUAN DI LAUT
Penghantaran dadah dari Myanmar itu melalui Laut Andaman, dipunggah di Thailand dan diseludup masuk ke Malaysia melalui darat, kata wakil UNODC Asia Tenggara dan Pasifik, Jeremy Douglas.
Laluan maritim itu memudahkan penyeludup untuk menghantar bekalan antara satu sama lain dengan menggunakan alat pengesan dan melepaskannya ke dalam laut untuk dikeluarkan kemudian, katanya.
Penyeludup juga boleh melakukan pemindahan dari kapal ke kapal di laut terbuka, di luar bidang kuasa undang-undang mana-mana negara.
Bot-bot kecil menghantar bahan-bahan haram kepada kapal besar yang mampu merentasi jarak jauh seperti Australia, Filipina dan Taiwan, tambah Encik Douglas.
CABARAN UNTUK PIHAK BERKUASA
Perdagangan dadah yang semakin rancak melalui laut menimbulkan cabaran besar kepada pihak berkuasa.
Asia Tenggara menyaksikan ribuan kapal nelayan sering menggunakan perairan di rantau itu, dan ia mustahil untuk memeriksa setiap kapal.
Selain methamphetamine, rantau itu juga merampas jumlah rekod ketamine seberat 27.4 tan tahun lalu, lonjakan ketara sebanyak 167 peratus berbanding 2021.
Agensi PBB itu juga menarik perhatian bahawa corak penyeludupan dadah haram pada lewat 2022 dan awal tahun ini hampir kelihatan sama dengan tahun 2019, sebelum pandemik COVID-19.
Kemboja juga sedang muncul sebagai hab persinggahan dan pengeluaran utama bagi perdagangan dadah di rantau itu, menurut laporan itu.
Makmal dan kemudahan ketamine berskala kilang yang ditemui di seluruh negara itu "mencetuskan kebimbangan" di rantau tersebut, tambah laporan itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.