Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
 Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19

Gambar Hiasan

Diterbitkan : 15 Sep 2022 11:30PM Dikemas Kini : 15 Sep 2022 11:30PM
TAIPEI: Pasukan penyelidik Academia Sinica mengenal pasti dua reseptor penting yang boleh menjadi pelan tindakan dalam merawat pembekuan darah yang disebabkan oleh COVID-19, komplikasi jangka panjang yang dikaitkan dengan penyakit berkenaan.

Central news agency (CNA) melaporkan pasukan itu yang diketuai Hsieh Shie-liang, mengesan mekanisma yang menyebabkan pembentukan ‘neutrophil extracellular traps’ (NET), faktor penyumbang dalam trombosis dalam kalangan pesakit COVID-19.

Dalam kajian ke atas pesakit demam denggi, pasukan Encik Hsieh sebelum ini mendapati platelet menyebabkan pengeluaran vesices ektracelular (EVs) yang meningkatkan pembentukan induced NET menerusi dua reseptor -CLEC5 and TLR2.

Pasukan hipotesis Encik Hsieh mendapati mekanisma itu turut menyumbang kepada pembekuan darah dalam kalangan pesakit kritikal COVID-19, dengan paras platelet EV yang tinggi.

Menurut CNA, penyelidikan itu yang diterbitkan dalam edisi 11 Julai Journal of Biomedical Science, menyebut pasukan berkenaan membandingkan EV penyumbang sihat dan pesakit COVID-19, dan mendapati tiada pembentukan NET dalam kalangan penyumbang sihat.

Menggunakan tikus sebagai ujikaji, pasukan itu mendapati walaupun virus SARS-CoV-2 membentuk induced NET, kehadiran platelet menyumbang kepada peningkatannya dengan ketara.

Menurut pasukan itu, penemuan tersebut menunjukkan platelet merupakan penggalak kuat pembentukan induced NET SARS-CoV-2.

Pasukan itu berkata keputusan tersebut adalah konsisten dengan atau tanpa kehadiran platelet, yang membuktikan peranan kritikal yang dimainkan oleh dua reseptor pembentukan induced NET SARS-CoV-2.

Encik Hsieh berkata sasaran ke atas CLEC5A dan TLR2 boleh menyediakan pelan tindakan yang baik untuk kajian pada masa depan bagi menangani pembekuan darah yang berpunca daripada COVID-19 dan komplikasi jangka panjang yang dikaitkan dengan COVID-19, katanya.
Sumber : Bernama/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa