Penyelamat Vietnam kejar masa cuba selamatkan budak lelaki yang jatuh dalam lubang sedalam 35 meter
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
HANOI: Ratusan penyelamat di Vietnam bertungkus lumus pada Isnin (2 Jan) untuk menyelamatkan seorang budak lelaki 10 tahun yang jatuh ke dalam sebuah lubang sedalam 35 meter di sebuah tapak pembinaan dua hari lalu.
Kanak-kanak bernama Thai Ly Hao Nam itu, terjatuh ke dalam tiang konkrit yang geronggang selebar 25 sentimeter yang tenggelam.
Tiang itu adalah sebahagian daripada sebuah jambatan baru di wilayah selatan Dong Thap.
Kejadian berlaku ketika dia mencari besi buruk, kata seorang penyelamat kepada AFP melalui panggilan telefon.
"Kami sedang lakukan yang terbaik. Kami masih tidak dapat memberitahu bagaimana keadaan budak itu," kata seorang penyelamat, yang dikenali sebagai Sau.
Menurut laporan media, para penyelamat sudah mencuba menggerudi dan melembutkan tanah di sekeliling kawasan itu untuk menarik tiang itu ke atas untuk menyelamatkan Nam.
Pihak berkuasa "tidak pasti tentang keadaan kanak-kanak itu. Dia telah berhenti berinteraksi dengan orang di luar walaupun bekalan oksigen sentiasa disalurkan ke dalam lubang itu," menurut akhbar Vietnam Tuoi Tre.
Pada Isnin (2 Jan), Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh meminta penyelamat di peringkat persekutuan untuk menyertai usaha pihak berkuasa tempatan untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.