Skip to main content

Dunia

Penyelamat temui mayat budak 2 tahun yang jatuh ke dalam perigi

Pasukan penyelamat dinihari tadi (26 Jan) menemui mayat budak berusia dua tahun yang terjatuh ke dalam perigi sekitar dua minggu lalu di selatan Sepanyol. Operasi menyelamat besar-besaran dijalankan selepas insiden itu menarik perhatian orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyelamat temui mayat budak 2 tahun yang jatuh ke dalam perigi

Ibu mangsa (kiri) di tempat kejadian semasa anaknya akhirnya ditemukan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Jan 2019 02:14PM Dikemas Kini : 26 Jan 2019 02:21PM

TOTALAN: Pasukan penyelamat dinihari tadi (26 Jan) menemui mayat budak berusia dua tahun yang terjatuh ke dalam perigi sekitar dua minggu lalu di selatan Sepanyol. Operasi menyelamat besar-besaran dijalankan selepas insiden itu menarik perhatian orang ramai.

Beratus-ratus orang bertungkus-lumus cuba menyelamatkan Julen Rosello, yang terjatuh ke dalam perigi sempit sedalam lebih 100 meter pada 13 Jan, ketika keluarganya sedang menyiapkan makan tengah hari di Totalan, sebuah bandar di selatan Sepanyol berdekatan Malaga.

"Malangnya pada 1.25 pagi (waktu tempatan), pasukan penyelamat mengesan Julen dan menemui tubuh kanak-kanak kecil yang tidak lagi bernyawa itu," kata jurucakap pemerintah di daerah barat daya Andalusia.

Sebuah kereta mayat tiba di tapak itu tidak lama selepas khabar menyedihkan itu disampaikan.

Sepanjang operasi dijalankan, tiada tanda-tanda kanak-kanak itu masih lagi bernyawa meskipun helaian rambut ditemui dan padan dengan DNAnya. Satu beg berisi gula-gula yang dipercayai dipegangnya semasa terjatuh juga ditemui.

"Semua rakyat Sepanyol sedih dengan khabar itu. Ramai yang mengikuti perkembangan operasi menyelamat," tulis Perdana Menteri Pedro Sanches menerusi kiriman Twitternya.

"Kami menghargai usaha gigih mereka yang mencarinya beberapa hari ini." 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita