Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyelamat India mula gerudi di atas terowong bencana

Pasukan penyelamat India pada Khamis (11 Feb) mula menggerudi dari atas terowong yang dipenuhi sampah dalam usaha mencari puluhan orang yang hilang sejak banjir kilat yang berlaku akibat glasier yang pecah empat hari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyelamat India mula gerudi di atas terowong bencana

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Feb 2021 08:28PM Dikemas Kini : 11 Feb 2021 08:33PM

TAPOVAN, INDIA: Pasukan penyelamat India pada Khamis (11 Feb) mula menggerudi dari atas terowong yang dipenuhi sampah dalam usaha mencari puluhan orang yang hilang sejak banjir kilat yang berlaku akibat glasier yang pecah empat hari lalu.

Para petugas bekerja keras siang dan malam dan membersihkan batu serta lumpur dari terowong di loji hidroelektrik yang rosak di Tapovan di Uttarakhand, utara India sejak bencana itu berlaku pada Ahad lalu.

Lebih 170 orang dilaporkan hilang di negeri Himalaya itu, yang kecil sedikit berbanding Switzerland, menyusuli bencana itu. Setakat ini, hanya 34 mayat ditemui.

Oleh kerana harapan menemui mangsa yang masih dilaporkan hilang itu semakin tipis, operasi terowong mula beroperasi secara perlahan - yang nyata mengecewakan ahli keluarga mangsa.

"Keseluruhan operasi penyelamatan ini adalah jenaka," kata Encik Sanjay Pant, saudara kepada jurutera elektrik, Abhishek, 24, yang dipercayai berada dalam terowong itu.

"Kita bukan hidup dalam abad ke-18 yang mana hanya satu jentolak saja digunakan untuk membersihkan banyak tumpahan.

"Di mana teknologi kita, di mana mesin kita?" katanya.

Justeru, hari ini pasukan penyelamat beralih menggunakan kaedah baru dengan menggerudi di beberapa bahagian terowong, menurut pihak berkuasa.

Encik Vivek Pandy, seorang pekerja penyelamat berkata pihaknya berharap pekerja yang terperangkap berada di terowong tambahan yang boleh diakses.

Namun, tiada tanda yang menunjukkan para mangsa yang berusia antara 25 dengan 35 tahun masih hidup. Bagaimanapun, para penyelamat dan ahli keluarga masih menaruh harapan.

Punca bencana itu dipercayai disebabkan oleh sebahagian besar glasier sudah pecah.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan