Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyelam maut jalankan misi menyelamat 12 pelajar di gua Thailand

Seorang bekas penyelam angkatan tentera laut diraja Thailand yang terlibat dalam operasi menyelamat 12 orang budak lelaki yang terperangkap dalam sebuah gua di utara Thailand meninggal dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jul 2018 04:04PM Dikemas Kini : 06 Jul 2018 09:41PM

CHIANG RAI: Seorang bekas penyelam angkatan tentera laut diraja Thailand yang terlibat dalam operasi menyelamat 12 orang budak lelaki yang terperangkap dalam sebuah gua di utara Thailand meninggal dunia.

Demikian didedahkan timbalan gabenor Chiang Rai, Passakorn Boonyaluck, hari ini (6 Jul).

Saman Kunam yang sudah bersara, mati semasa dalam perjalanan keluar dari gua Tham Luang selepas menghantar tangki-tangki oksigen pada sekitar 2 pagi hari Jumaat (6 Jul).

Beliau kemudian tidak sedarkan diri setelah menempatkan tangki-tangki oksigen di dalam kompleks gua. Rakan penyelamnya cuba memberinya bantuan pernafasan tetapi tidak berjaya. Saman terus tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital di mana beliau meninggal dunia.

Upacara persemadiannya dijangka diadakan pada sebelah petang, hari ini.

Para pelajar lelaki berumur antara 11 hingga 16 tahun serta penolong jurulatih mereka ditemui di dalam gua Tham Luang di utara wilayah Chiang Rai, pada Isnin lalu selepas sembilan hari terperangkap. Mereka dilaporkan hilang selepas mengadakan ekspedisi ke gua itu pada 23 Jun.

Sumber : CNA/Agensi berita/HS/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan