Penyelam maut dalam misi cari pesawat Lion Air
Seorang penyelam Indonesia meninggal dunia semasa menjalankan operasi mencari para mangsa pesawat Lion Air di Karawang, Indonesia, semalam (2 Nov).
Encik Syachrul Anto. (Gambar: Facebook)
INDONESIA: Seorang penyelam Indonesia meninggal dunia semasa menjalankan operasi mencari para mangsa pesawat Lion Air di Karawang, Indonesia, semalam (2 Nov). Ini menurut laporan berita Merdeka.com.
Jenazah Syachrul Anto telahpun dibawa ke rumah mayat di Surabaya.
Ketua Pasukan Penyelam Indonesia, Bayu Wardoyo mengatakan, penyelam itu sudah dibawa keluar dari laut menggunakan kapal Victory milik Pertamina.
Beliau kemudian dikejarkan ke sebuah hospital namun disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, komander pasukan mencari dan menyelamat, Kolonel Isswarto mengatakan punca kematiannya disebabkan oleh dekompresi.
Encik Iswarto menambah, operasi menyelam sepatutnya berakhir pada jam 4.00 petang waktu tempatan disebabkan oleh keadaan yang gelap dan cuaca yang kurang baik.
Namun penyelam tersebut masih berada di dasar laut sehingga jam 4.30 petang waktu tempatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.