Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyelam AS bantu usaha cari pelajar, jurulatih bola terperangkap di gua Thailand

Usaha dipertingkat untuk mencari 12 pelajar dan seorang jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap di dalam sebuah gua di utara Thailand sejak Sabtu lalu (23 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jun 2018 05:34PM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 09:52PM

CHIANG RAI: Usaha dipertingkat untuk mencari 12 pelajar dan seorang jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap di dalam sebuah gua di utara Thailand sejak Sabtu lalu (23 Jun).

Gerakan itu kini melibatkan juga pakar-pakar asing dan peralatan canggih.

Misalnya, Markas Pasifik Tentera Amerika Syarikat menghantar pasukan penyelam tentera laut dan pakar-pakar menangani bencana bagi membantu gerakan berkenaan.

Seramai 13 orang itu terperangkap di dalam gua besar di wilayah Chiang Rai apabila ia dinaiki air berikutan hujan lebat.

Mereka dipercayai berada di kawasan gua yang digelar 'Pantai Pattaya', sebuah tempat yang agak tinggi.

Bagaimanapun untuk sampai ke 'pantai' itu, para penyelam perlu menempuh kawasan berair sejauh beberapa ratus meter.

Keadaan diburukkan lagi kerana hujan berterusan menyebabkan air di dalam gua terus naik.

Pihak berkuasa kini meninjau kemungkinan menggali laluan baru untuk sampai ke kawasan tinggi itu.

Sumber : Reuters/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan