Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: Chandan Khanna/AFP)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
KUALA LUMPUR: Penyedia platform media sosial di Malaysia diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia, Teo Nie Ching berkata tarikh akhir untuk mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Disember.
Beliau dalam pada itu turut memuji langkah Telegram dan Tencent (WeChat) yang telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia, lapor Astro Awani.
"Terima kasih kepada Tencent dan Telegram kerana sudi bekerjasama dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Saya berharap platform lain akan ikut angkah mereka jika mereka (penyedia platform) ingin memberi perkhidmatan di Malaysia," katanya, lapor Astro Awani.
Beliau berkata demikian kepada para wartawan selepas menziarahi pelakon veteran Sathia Periasamy atau Sathiya sempena sesi Ziarah MADANI@Finas di Setapak Jaya pada Jumaat (27 Dis).
Pada Khamis, MCMC menerusi kenyataannya memaklumkan keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari itu yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan di wadah online, melindungi pengguna dan memperkukuhkan kawal selia ke atas penyedia khidmat Internet dan media sosial.
Ia dirangka untuk mewujudkan persekitaran online yang dipercayai dan selamat dengan menyeru penyedia khidmat agar melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak serta golongan rentan.
Kegagalan mengemukakan permohonan boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan diambil walaupun ia perkara yang mahu dielakkan semua pihak, lapor Astro Awani.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.