Penyedia khidmat haji bagi jemaah asing boleh kekal di tapak suci selama 3 tahun

Gambar: Agensi berita
MAKKAH: Suruhanjaya Diraja bagi bandar Makkah dan tapak-tapak suci Islam telah memutuskan untuk membenarkan syarikat-syarikat penyedia khidmat haji bagi jemaah asing untuk kekal di lokasi mereka di tapak-tapak suci selama tiga tahun.
Projek khemah Al-Khayyam di Mina dibangunkan setelah insiden kebakaran yang berlaku semasa musim Haji pada 1997. Pihak berkuasa Arab Saudi mempunyai idea-idea untuk membangun semula kawasan tersebut menerusi projek-projek di tempat yang diperuntukkan untuk syarikat-syarikat khidmat haji. Ini sedang syarikat-syarikat tersebut melabur untuk menyediakan khidmat yang lebih bermutu tinggi di Arafah dan Mina.
Encik Ahmed Saleh Halabi, penasihat khidmat Haji dan Umrah, berkata: "Saban tahun, syarikat-syarikat tersebut menghapuskan segala usaha yang telah ditetapkan di lokasi kem jemaah di tapak suci Mina dan Arafah.
"Setelah khemah yang dibangunkan didirikan di Mina, permintaan hanya terbatas di Arafah saja ketika itu. Sebilangan besar usaha dilakukan oleh syarikat-syarikat dihapuskan setelah jemaah meninggalkan Arafah, meski terdapat kos yang tinggi.
Maka itu, dasar baru tersebut yang membenarkan syarikat-syarikat itu untuk kekal di lokasi mereka, terbukti membawa manfaat.
"Kami mendapati demikian menerusi syarikat haji warga Afrika, yang meraih manfaat daripada langkah ini dengan menghapuskan khemah lama di tapak Arafah dan mendirikan khemah yang baru dengan spesifikasi antarabangsa yang luar biasa. Khemah-khemah seumpama itu dapat bertahan daripada cahaya, haba, air, api, dan UV," ujar Encik Halabi.
Memastikan kem tersebut didirikan di tapak itu sepanjang tahun akan membenarkan syarikat-syarikat tersebut menyediakan khidmat kepada jemaah haji warga asing untuk meraih manfaat daripada tapak berkenaan dan menggunakannya sebagai tempat kediaman bagi para jemaah, "di mana mereka dapat mengalami sendiri suasana pada Hari Arafah dan mengingati keunggulan tempat serta waktu ini," kata Encik Halabi.
Syarikat-syarikat juga boleh menganjurkan perjalanan buat para jemaah, di mana mereka boleh menginap selama sehari di kem tersebut dan menunaikan ibadah haji. Kem-kem tersebut akan dibuka sepanjang tahun, dengan khidmat termasuk belakan elektrik, air, sanitasi dan internet disediakan.
Sementara itu, Dr. Samir Barqah, seorang penyelidik sejarah Makkah, menyatakan langkah mengekalkan kem-kem tersebut selama tiga tahun akan membantu dalam khidmat tersebut, terutama sekali memandangkan mereka
membelanjakan berjuta-juta untuk melabur di tapak suci tersebut.
Beliau juga menyatakan bahawa khemah-khemah tersebut akan menyumbang kepada pengembangan industri khidmat tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.